Saturday, March 26, 2011

BAHASA DAN IKLAN

Bahasa dan iklan mempunyai unsur kaitan yang amat rapat. Daripada bahasa yang mengandungi undur propaganda dan pujuk rayu, peniaga atau pengiklan berjaya memikat hati pengguna untuk membeli barangan atau perkhidmatan mereka. Walaupun demikian, pengabaian pengiklan terhadap soal bahasa itu sendiri amat dikesali.

“Ia kejuruteraan bendalir”

Penggunaan perkataan ‘ia’ bagi menggantikan bukan manusia adalah merupakan kesalahan bahasa. Slogan ini saya peroleh dalam sebuah iklan minyak di televisyen yang sering disiarkan. Kesalahan demikian sedikit sebanyak memperngaruhi sebahagian besar pembaca termasuklah pelajar yang menerima bentuk-bentuk kata tersebut. Tidak dinafikan, kebiasaan membaca bentuk perkataan yang salah atau bentuk ayat yang tidak betul strukturnya boleh mngakibatkan kesalahan tersebut diulangi dalam peperiksaan oleh pelajar. Nampaknya, masalah penggunaan bahasa Melayu dalam iklan masih lagi tidak dapat diatasi di negara ini. Hal ini berpunca daripada sikap mempermudah bahasa itu sendiri yang begitu menonjol dalam kalangan masyarakat. Masyarakat msih lagi menyerahkan tugas mendaulatkan bahasa Melayu sepenuhnya kepada pihak tertentu, khususnya kerajaan.

No comments:

Post a Comment