Saturday, March 26, 2011

PANTUN MELAYU PERENCAH BAHASA

Sepanjang berlangsungnya SEMINAR DISKUSI ILMIAH : KELANGSUNGAN TATABAHASA DEWAN DAHULU DAN KINI, majlis yang menerima dif-dif jemputan antaranya Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, majlis dimulakan dengan pantun Melayu. Pantun Melayu itu diungkapkan dengan begitu indah dan sangat menarik oleh pengerusi majlis. Di situ timbulnya suasana ‘kemelayuan’ yang bersesuaian dengan isu perbincangan atau diskusi berkaitan dengan bahasa Melayu. Saya melihat pantun Melayu mampu memurnikan komunikasi yang mewujudkan suasana ceria dan santai di samping menunjukkan ketinggian nilai warisan nenek moyang kita. Pantun yang digunakan ialah antaranya berbunyi,

Tingkap papan kagu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

No comments:

Post a Comment