Sepanjang sebuah seminar bahasa yang berlangsung di Auditorium UPSI, saya dapat mengesan kesalahan bahasa yang digunakan oleh moderator atau pengerusi majlis. Seminar bahasa yang berlangsung itu menerima dif-dif jemputan tokoh bahasa di Malaysia berpangkat Profesor Emeritus.
Saya dapat mengesan penggunaan kosa kata bahasa Inggeris seperti “search”, “so”, “advance” digunakan dengan kerap kali. Pada pandangan saya, kebiasaan penggunaan kosa kata Inggeris dalam perbualan sosial pewawancara itu, telah mempengaruhi nilai berbahasa beliau sungguhpun hanya kesilapan kecil. Namun, dalam konteks seminar yang membincangkan isu bahasa, kesilapan kecil itu mencacatkan seminar tersebut sungguh pun seminar itu berlangsung dengan ceria. Nampaknya bahasa rojak sudah semakin menular sehinggakan kesalahan penggunaan bahasa Inggeris dalam situasi formal tidak disedari oleh pengacara majlis yang dianggap golongan peka bahasa itu. Jadi saya membuat kesimpulan bahawa setiap lapisan masyarakat sama ada pemimpin, tokoh bahasa, pendidik, pelajar atau sesiapa sahaja harus mempunyai semangat dan komitmen yang jitu dalam memastikan kelestarian bahasa Melayu. Pastinya kita tidak mahu yang sudah diperjuangkan sekian lama sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara, berkubur begitu sahaja. Di situ saya teringat ungkapan yang berbunyi ‘betulkan yang biasa, biasakan yang betul’
No comments:
Post a Comment