Saturday, March 26, 2011

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Iklan yang dihasilkan oleh agensi periklanan antarabangsa kebanyakannya dibuat dalam bahasa Inggeris. Peranan penulis iklan yang menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang mantap terhasil apabila beliau berjaya menterjemahkan maksud sebenar ilan berbahasa Inggeris. Tidak semua iklan luar negara perlu diterjemahkan secara langsung ( direct translation ) kerana maksud tersirat dan mesej yang ingin disampaikan adalah berbeza jika sesuatu frasa ayat itu diterjemahkan perkataan demi perkataan. Sesebuah iklan juga akan nampak kaku dan terlalu rigid serta tidak mesra pengguna jika diterjemahkan secara langsung daripada iklan luar negara yang memperkenalkan jenama antarabangsa.

“Panasonic ideas for life”

Menurut saya, sepatutnya apabila iklan-iklan yang memaparkan produk luar negara dalam negara ini disiarkan, slogan tersebut juga perlu ditukar mengikut bahasa rasmi negara ini. Tidak ada cacat celanya sekiranya bahasa Melayu ditukarkan untuk menggantikan slogan bahasa Inggeris tersebut. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

No comments:

Post a Comment