Saturday, March 26, 2011

BAHASA SIBER

Teks komunikasi elektronik dalam bahasa Melayu untuk mel elektronik, pesanan ringkas ataupun sembang siber dalam kalangan pengguna internet persendirian, pada umumnya berada pada “tahap pengucapan yang paling rendah”. Hal ini kerana kandungan teks itu diucapkan dalam pelbagai ragam ragam tulisan dan disampaikan dalam bentuk yang amat daif daripada pelbagai aspek linguistik, khususnya dari segi ejaan dan tatabahasa.

‘Orang sekarang letak nilai mas kahwin tinggi2, depend kepada tahap pendidikan akademik'

Berikut merupakan salah satu contoh kesalahan bahasa yang saya peroleh melalui laman sosial Facebook. Perkataan ‘ depend’ digunakan bagi menggantikan perkataan ‘ bergantung’ dalam bahasa Melayu serta ‘tinggi2’ dieja dengan menggunakan angka dua (2) untuk menggantikan perkataan ‘tinggi-tinggi’. Kesalahan berbahasa tersebut merupakan kesalahan yang terlalu biasa digunakan oleh golongan remaja mahupun pelbagai peringkat umur. Bentuk bahasa Melayu begini, sama ada dianggap sebagai kesalahan atau pun pembaharun, merupakan ciri bahasa Melayu yang digunakan oleh pengguna internet persendirian semasa berkomunikasi secara elektronik. Bentuk bahasa begini yang sarat dengan penyingkatan, baik daripada perkataan dan ungkapan bahasa Melayu atau pun bahasa Inggeris, ia memperlihatkan “pemesongan” yang amat ketara daripda bentuk baku yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu parahnya bahasa Melayu dalam kalangan generasi masa kini.

No comments:

Post a Comment