Sunday, March 20, 2011

BAHASA, KOMUNIKASI DAN MASYARAKAT

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Keindahan yang terdapat dalam peribahasa di atas melambangkan bahawa salah satu aspek paling penting dalam komunikasi ialah bahasa yang baik dan penuh sopan santun. Komunikasi dalam masyarakat Melayu terkenal dengan tutur kata yang lemah lembut, beradap sopan, halus budi bicaranya. Bak kata Usman Awang dalam sebuah sajaknya yang berbunyi :

Melayu itu orangnya bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Namun, mutakhir ini ledakan teknologi dalam era serba canggih ini yang meliputi pelbagai aspek kehidupan kita telah banyak mengubah cara berkomunikasi dalam masyarakat kita. Ramai sudah lagi tidak mempedulikan kesopanan dalam berbicara. Seiring dengan perkembangan teknologi moden dan media baru. Penggunaan sistem Pesanan Ringkas (SMS) contohnya sedikit sebanyak memberi kesan negatif dalam komunikasi. Keadaan ini adalah disebabkan masyarakat itu sendiri yang tidak manfaatkan teknologi tersebut sebaik-baiknya. Apa yang lebih buruk lagi, penggunaan bahasa SMS diselitkan pula dengan bahasa yang kurang sopan contohnya :

“ Weh! Ko katne? “

Ayat tersebut jelas menunjukkan bahasa yang kasar dan tidak sopan. Namun, itulah hakikat budaya masyarakat kita hari ini khususnya remaja. Selain dari aspek percakapan, adakalanya kita dapat melihat dan mendengar mengenai kelakuan kurang sopan remaja kita seperti gambar di bawah :




Di samping itu,golongan dewasa dan tua juga tidak terkecuali daripada melakukan perkara-perkara seperti remaja lakukan malah ada yang lebih teruk lagi dari segi percakapannya yang biadap dan juga tingkah lakunya. Keadaan ini amat memalukan negara kita yang asalnya kaya dengan nilai budi bahasa dan tingkah lakunya yang baik, sopan dan lemah lembut. Adakah ini harga yang perlu dibayar bagi sebuah pembangunan???

No comments:

Post a Comment