Saturday, March 26, 2011

PENCEMARAN BAHASA DALAM PENULISAN NOVEL

Percampuran bahasa Melayu-bahasa Inggeris ini didapati didorong oleh pelbagai sebab, sama ada yang bersifat sedar ( misalnya untuk menyatakan status sosial tinggi yang dikaitkan dengan martabat bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia atau antarabangsa) mahupun yang bersifat tidak sedar ( kerana tidak tercapai perkataan bahasa Melayu yang diperlukan pada suatu ketika itu ). Penukaran kod atau penggunaan bahasa rojak yang berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia kebanyakannya berlaku pada tahap perkataan dan frasa sahaja, dengan memperlihatkan penyisipan perkataan dan frasa Inggeris – yang tidak merupakan kata-kata pinjaman – semasa bahasa Melayu. Bahasa Melayu masih merupakan bahasa utama dan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa alternatif sahaja untuk menyampaikan bahagian tertentu dalam sesuatu percakapan, perbualan dan wacana. Dengan perkataan lain, klausa dan ayat bahasa Melayu disisipkan dengan perkataan dan frasa bahasa Inggeris.

‘ I don’t think cara ini akan berjaya. Because you see, cara ini tak praktikal.’

Bahasa rojak ini saya peroleh dalam sebuah novel cinta tempatan yang kini menjadi kegilaan para remaja termasuklah pelajar-pelajar di institusi tempatan. Lambakan novel cinta remaja di pasaran menjadi suatu fenomena baru dalam penghasilan karya-karya di alaf baru. Penggunaan bahasa rojak dalam novel kurang dititikberatkan sedangkan produk ini melibatkan pelanggan yang terdiri daripada segenap lapisan mahupun taraf pendidikan. Penggunaan bahasa rojak boleh mencemarkan bahasa Melayu. Hal ini amat dikesali

No comments:

Post a Comment