Saturday, March 26, 2011

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA

Dari sudut sejarah peradaban bangsa, bangsa Melayu ialah masyarakat yang erat hubungan kemasyarakatannya, mempunyai persefahaman, dan hidup bertoleransi seperti “ibarat aur dengan tebing”. Sehubungan itu, orang Melayu sangat berhati-hati ketika berkomunikasi dan jarang-jarang sekali cuba untuk menyinggung perasaan orang lain dengan bahasa yang kesat. Malah, sejak dahulu lagi, bangsa Melayu memiliki peribadi yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran seperti lemah-lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Bahasa orang melayu merupakan lambang kesopanan dan kehalusan budi pekerti penuturnya.
Bahasa menunjukkan bangsa. Kelembutan dalam bahasa Melayu menjadi pegangan dan amalan penting dalam kehidupan bermasyarakat agar seseorang itu dihormati. Kepentingan budi bahasa terungkap dalam pantun Melayu, contohnya :

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.

Sungguhpun begitu, sifat berhati-hati dalam berkomunikasi begitu berbeza sekali dengan huarain di atas. Sikap orang Melayu seperti ini terdiri daripada mahasiswa UPSI sendiri semasa berlangsungnya kempen pemilihan calon MPP. Situasi ini saya peroleh sekitar Kolej Harun Amirurrashid sepanjang berlakunya perbentangan manifesto sepanjang kempen pemilihan calon MPP. Pelbagai perkataan yang kurang enak didengar hinggap di telinga saya. Ada pihak yang kurang senang dengan individu-individu atau calon-calon tertentu yang bertanding untuk menjadi MPP seperti perkataan “ cakap lebih, tapi ‘hampeh’, ‘poyo’, ‘koya’, ‘berlagak’ dan lain-lain yang kurang mesra didengari. Bagi saya semua calon berhak mempertahaknkan hujan masing-masing. Jadi cemuhan yang dikeluarkan tidak patut keluar dari mulut bakal cikgu yang bergelar mahasiswa. Dari situ saya boleh simpulkan ‘ terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya’.

No comments:

Post a Comment