Monday, March 7, 2011

MAHASISWA CETEK ILMU


Mahasiswa ialah penuntut atau pelajar di universiti atau di institusi pengajian tinggi. Ini bermakna mahasiswa merupakan seorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi, seorang yang berilmu dan seorang yang intelek. Situasi hari ini, tidak menggambarkan mahasiswa ialah golongan yang sedemikian. Kenapa saya berbicara sedemikian rupa? Kerana segelintir mahasiswa ataupun pelajar universiti telah mempertontonkan serta mempersembahkan karaktor ‘mahasiswanya’ kepada masyarakat. Saya beri contoh yang berlaku di hadapan mata saya. Saya solat di salah sebuah surau di kawasan kampus UPSI, terdapat sekumpulan mahasiswi yang juga ingin bersolat di sana ketika saya ingin menunaikan solat mereka berbual-bual, bergurau-senda dan bergelak ketawa dengan  kuat. Saya bukan ingin mengatakan bahawa kelakuan mereka itu salah atau haram. Saya fikir kelakuan-kelakuan seperti itu tidak perlulah dilakukan di tempat seumpama itu tambahan lagi, itu merupakan tempat ibadah.

            Saya hanya ingin menfokuskan satu perkara sahaja di sini iaitu bab ‘berbual-bual’ atau bersembang bukanlah sesuatu yang dilarang atau ditegah tetapi berbual mengenai perkara-perkara yang tidak bermanfaat itu yang perlu kita elakkan atau tidak menjadikan tabiat itu sebagai budaya kita. Berbual-bual kosong hanya membuang masa lebih baik kita berbual atau bercakap mengenai perkara-perkara yang dapat memberi manfaat kepada kita tambahan lagi, kita sebagai seorang mahasiswa IPT.

No comments:

Post a Comment