Saturday, March 26, 2011

RAGAM BAHASA ELEKTRONIK

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa penggunaan bahasa yang baik dan betul merupakan antara syarat penting untuk kita berkomunikasi dengan jayanya sesama manusia. Untuk mencapai tujuan ini, bahasa bertindak melalui satu set hukum dan peraturan yang sudah pun tersedia di dalamnya yang dikenal sebagai tatabahasa. Tatabahasa antaranya melibatkan penyusunan perkataan yang tepat dan sesuai mengikut sistem linguistic sesuatu bahasa agar ungkapan yang dihasilkan dapat difahami dengan baik. Apabila penyusunan perkataan itu akur kepada hukum dan peraturan yang ditetapkan, ungkapan yang terbentuk itu dianggap sebagai bentuk-bentuk “bahasa yang baik”.
Ragam bahasa dalam komunikasi elektronik nampaknya semakin menular parah dalam masyarakat kebanyakan. Penggunaan bahasa yang ringkas serta percampuran kod sudah menjadi kebiasaan. Antaranya penggunaan bahasa dalam sistem pesanan ringkas ( SMS ). Contoh ini saya ambil daripada mesej yang dihantar oleh rakan saya kepada saya tempoh hari. Mesej itu berbunyi,
‘...klah, jaga diri, jaga kesihatan n jgn lupa Tuhan. Bye, miss u so much...’

No comments:

Post a Comment