Saturday, March 19, 2011

BUDI BAHASA AMALAN DI KAUNTER

Menorah getah di lading Pak Leman,
Balik ke rumah jalan bersama;
Selamat datang pembaca budiman,
Budi bahasa jadikan amalan.



Gambar di atas menunjukkan scenario yang sering berlaku pada hari ini. Keadaan ini menunjukkan akhlak masyarakat kita pada hari ini berada pada tahap yang rendah. Mengikut kamus al-Mu’jam al-mufahras Li Al Faz, al-Mukhit akhlak berasal daripada kalimah al-khuluq yang membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama. Manakala mengikut kamus lisan al-Arabi, akhlak bermaksud tingkah laku seseorang yang telah menjadi tabiat dan merupakan satu gambaran bagi menunjukkan zahir dan batin seseorang. Akhlak dari segi bahasa membawa erti budi pekerti, adab sopan, tingkah laku, dan tatasusila. akhlak didefinisikan sebagai satu sifat bagi diri melalui jiwa yang melahirkan nilai baik atau jahat. Secara ringkasnya, akhlak sebagai suatu kebiasaan tingkah laku yang mengarah kepada kebaikan atau kejahatan dengan tujuan untuk mencapai kebahagiaan.

Saya ingin bincangkan akhlak dari satu aspek sahaja di sini iaitu dari aspek adab sopan. Berdasarkan gambar yang dipaparkan di atas kita dapat lihat pekerja di kaunter itu memarahi seorang warga emas. Perbuatan seperti itu tidak seharusnya bertindak seperti itu. Perbuatan pekerja di kaunter tersebut hanya memberi gambaran negatif kepada diri sendiri malah ia juga akan memberi tanggapan negatif masyarakat kepada sesebuah syarikat atau pun institusi. Kita tidak seharusnya memasukkan unsur emosi dalam perkhidmatan kita. Kita perlu ingat tujuan kita bekerja adalah untuk berkhidmat untuk masyarakat. Maka, kita perlulah mempersembahkan hasil kerja yang terbaik untuk masyarakat. Betul kenyataan bahawa pekerja juga manusia dan mempunyai hati dan perasaan, tetapi sebagai kakitangan awam kita harus bijak mengawal emosi kita agar tindakan kita dapat dikawal daripada melakukan tindakan-tindakan yang tidak wajar terjhadap orang lain seperti dalam gambar di atas. Apabila berlaku perkara seperti itu, kita telah mencabuli hak orang lain (pelanggan) yang berhak mendapat layanan yang sebaiknya semasa berurusan di kaunter. Sekiranya pekerjaan tersebut membuatkan kita tidak gembira, tiada pihak yang memaksa kita untuk terus bekerja di tempat tersebut. Jika pekerjaan tersebut membuatkan kita tidak menunaikan hak pelanggan, sebagai kakitangan awam kita boleh mencari pekerjaan lain yang sesuai dengan jiwa dan membuatkan orang di sekeliling kita senang dengan perkhidmatan kita.
Oleh itu, marilah kita jadikan budi bahasa amalan di kaunter.

No comments:

Post a Comment