Saturday, March 26, 2011

BAHASA 'KACUKAN'

Istilah atau frasa “bahasa rojak” yang digunakan untuk merujuk kepada bentuk dan penggunaan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sebenarnya memperlihatkan sikap masyarakat Malaysia yang tidak senang dan kesal terhadap ragam “bahasa kacukan” ini. Istilah bahasa rojak, di samping lucu ( kerana mengaitkan percakapan dengan sejenis makanan yang sifatnya yang bercampur aduk ) membawa pengertian yang bukan sahaja merendahkan dan memperkecil ragam bahasa Melayu, amlah mencemuh serta menghina bentuk dan penggunaan bahasa Melayu dengan bentuk sedemikian. Bahasa rojak juga membawa pengertian bahawa ragam bahasa Melayu ini boleh membawa aib kepada peradaban Malaysia amnya, dan peradaban Melayu khasnya.

Contohnya kesalahan penggunaan bahasa turut dapat dikesan dalam drama-drama tempatan yang disiarkan di televisyen. Antara yang sempat saya kesan ialah dialog dalam sebuah drama terkenal yang disiarkan iaitu,

‘Anyway, dah pukul satu dah, I have to go now’

Penggunaan bahasa rojak ini menggambarkan kebiasaan komunikasi harian yang digunakan dalam masyarakat. Hal ini menunjukkan rasa bangga dan megah terhadap bahasa Melayu dalam diri penerbit drama-drama tempatan telah terhakis. Penggunaan dialog seperti sebenarnya boleh memberikan impak yang besar terhadap perkembangan bahasa Melayu itu sendiri dalam kalangan generasi baru.

No comments:

Post a Comment