Tuesday, March 15, 2011

NILAI BAHASA


Bahasa Melayu kini lebih kukuh setelah kedatangan Islam kerana sifat agama Islam sebagai agama ilmu. Cabaran utama kepada Bahasa Melayu masa kini adalah untuk menjadikannya sebagai “bahasa siber” setaraf dengan kedudukannya sebagai bahasa kelima dunia yang dituturkan oleh sekitar 300 juta orang. Fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlulah dipertahankan, bukannya diabaikan. Negara yang mengabaikan bahasanya sendiri akan meninggalkan kesan terhadap penjajahan rasa, perasaan, akal dan kepercayaan, kerana nilai sesuatu bangsa terletak pada bahasanya. Setiap bahasa di dunia ini ada nilaiannya yang tersendiri. Jika bahasa sesebuah negara itu tidak terbela, ini bermakna sesebuah negara itu telah gagal untuk mempertahankan jati diri bangsanya. Nilai-nilai positif terhadap bahasa kita perlulah ditingkatkan dan diperkukuh kerana bahasa adalah cerminan ketamadunan sesuatu bangsa.

No comments:

Post a Comment