Saturday, March 26, 2011

BAHASA DAN SISTEM

Dalam sesebuah komuniti bahasa ada sistem bahasanya. Bagi komuniti ekabahasa, isitem bahasanya terdiri daripada subsistem yang tertentu. Subsistem bahasa inilah yang dikatakan sebagai variasi bahasa bagi sesebuah bahasa. Oleh hal yang demikian, variasi bahasa merupakan kelainan bahasa yang terdapat dalam bahasa induknya. Variasi bahasa tersebut mungkin terdiri daripada idiolek, dialek, laras, slanga, jargon, argot, dan kod bahasa yang lain yang wujud dalam sesebuah bahasa. Dialek ialah subvariasi bahasa. Penggunaan bahasa dialek di dalam kelas semasa membentangkan kertas kerja sering berlaku di dalam kelas. Sungguhpun situasi ini sering ditegur oleh pensyarah-pensayarah namun sifat ‘ cintai bahasa negeri’ menebal di dalam diri mahasiswa. Sebenarnya penggunaan bahasa dialek tidak salah sekiranya disesuaikan dengan keadaan dan situasi. Namun jika berbalik kepada situasi formal di dalam kelas, pelajar tidak boleh memandang ringan masalah ini. Kepekaan mereka terhadap bahasa formal perlu ditingkatkan.


Dalam rancangan-rancangan hiburan contohnya anugerah seni dan sebagainya, golongan artis sering menggunakan bahasa yang salah serta sangat gemar menggunakan bahasa rojak. Perkataan ‘we all dan you all’ menjadi kosa kata biasa yang sering digunakan oleh golongan ini. Barang kali kerana tidak pernah ditegur, maka artis baharu yang mungkin menganggapnya suatu gaya, di samping ingin menunjukkan bahawa mereka pandai berbahasa Inggeris, turut terikut-ikut.

No comments:

Post a Comment