Tuesday, March 15, 2011

BAHASA PAKAIAN MASYARAKAT

Bagaimana kita katakan bahawa bahasa itu ialah ‘pakaian’ kepada masyarakatnya??
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pakaian memberikan konotasi sebagai sesuatu yang dipakai, sesuatu yang biasa digunakan, amalan dan kebiasaan. Lazimnya, sekiranya seseorang memakai chongsam misalnya kita tahu bahawa individu tersebut  ialah masyarakat Cina. Sekiranya individu tersebut memakai baju kurung maka dia berbangsa Melayu. Di sini, dapat disimpulkan pakaian melambangkan sesebuah masyarakat atau bangsa. Begitu juga dalam kontek bahasa, bahasa yang digunakan melambangkan sesebuah masyarakat atau bangsa. Contohnya, jika seseorang individu tersebut bercakap menggunakan dialek Kelantan dengan fasihnya, kita dapat tahu bahawa individu tersebut berasal dari Kelantan. Oleh itu, fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlulah dipertahankan, bukannya diabaikan. Negara yang mengabaikan bahasanya sendiri akan meninggalkan kesan terhadap penjajahan rasa, perasaan, akal dan kepercayaan, kerana nilai sesuatu bangsa terletak pada bahasanya. Jika kita menggunakan bahasa kita dengan sebaiknya, ia akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia. Indah bahasa kita maka cantiklah bangsa kita

No comments:

Post a Comment