Tuesday, March 15, 2011

TATACARA BERKOMUNIKASI CERMINAN PERIBADI DIRI


Dunia tanpa komunikasai ialah dunia yang sepi dan bisu. Setiap hari manusia akan berkomunikasi bermula daripada kita bangun dari tidur lagi. Setelah kita bangun dari tidur pada waktu pagi, bagi yang beragama Islam kita akan solat subuh. Pada waktu kita solat subuh itu sudah berlaku proses komunikasi iaitu komunikasi kita dengan ALLAH S.W.T. Setiap pergerakan, bunyi dan simbol ialah elemen-elemen kehidupan yang berkomunikasi dengan kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Apabila kita bercakap mengenai komunikasi, pelbagai takrifan yang dilontarkan. Ada yang mengatakan komunikasi adalah berinteraksi, berbincang dan berdiam diri.  Terkenang kembali pertemuaan dengan seorang pensyarah yang saya sangka pelajar, soalan saya yang pertama saya ajukan kepada individu tersebut “student ke lecture? Jika diteliti saya bertanya kepadanya tanpa aku mulakan pertanyaan itu dengan perkataan ‘tuan’ atau ‘encik’. Bagi saya pertanyaan seperti itu kepada orang yang kita tidak kenali adalah agak kurang sopan tetapi beliau jawab dengan cara yang agak berkias dan sopan membuatkan saya rasa terpukul oleh ketidaksopana diri saya sendiri. Dek kerana rasa bersalah, lantas saya meminta maaf kerana tidak mengetahui bahawa beliau ialah pensyarah sambilan.

No comments:

Post a Comment