Tuesday, March 15, 2011

SAHABAT ATAU KAWAN


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi Tuhan sekalian alam, hari ini aku masih diberi kesempatan olehNYA kerana masih diberi nafas yang tidak perlu dibayar untuk meneruskan kehidupan di muka bumi inikan. Hari ini hari isnin 10 januari 2011 telah masuk minggu kedua kuliahku di bumi UPSI. Seperti biasa, aku ke kuliah bersama sahabatku Nizar Hanim. Kami menaiki bas kitaran yang disediakan oleh pihak university untuk ke bilik kuliah kami di Proton City. Hari ini merupakan hari pertama aku menulis blog ini, memandang hari ini aku telah mempelajari suatu ilmu iaitu bagaimana untuk membuat blog. Ilmu ini telah dikongsikan oleh sahabat kelasku bernama Fawiz yang bermurah hati berkongsi ilmu dengan kami untuk membuat blog sendiri. Inilah yang digelar sahabat. Tetapi pada pandangan kebanyakan orang, dua orang individu itu akan digelar sahabat apabila mereka dilihat berjalan bersama, makan bersama, pergi kelas bersama, bersiar-siar bersama dan sebagainya bersama-sama. Rata-rata ‘style’ orang berkawan hari ini menggunakan konsep “Senang bersama susah sorang-sorang” Jika kita perhatikan ramai orang bersahabat dengan seseorang adalah untuk kepentingan dan kebaikan dirinya sendiri. Ada orang berkawan atas dasar material, atas dasar popularit dan pengaruh. Mari kita lihat konsep sahabat yang sebenar. Jika kita lihat persahabatan dari perspektif Islam, persahabatan (ukhuwah) itu dibina atas dasar Iman dan taqwa seperti mana firman ALLAH S.W.T :

            “Sesungguhnya orang mukmin itu tidak lain melainkan bersaudara”
                                                                                                (Al-Hujurat : Ayat 10)

Tiada hubungan kasih sayang tanpa taqwa, berdasarkan kalamullah :

            Orang-orang yang bersahabat setia pada hari itu menjadi musuh antara satu        sama    lain kecuali orang-orang yang bertaqwa”
                                                                                                (Al-Zukhruf : Ayat 67)
Kesimpulannya, sekiranya kita menjalinkan sesebuah tali persahabatan itu atas dasar Iman dan taqwa ukhwah fillah (bersaudara kerana ALLAH) akan lahir perasaan kasih sayang, hormat-menghormati, saling mempercayai. Jika persahabatan itu dibina atas dasar selain yang saya sebut sebentar tadi ia akan membawa permusuhan dan dendam mendendam. Sahabat yang sejati tidak akan lokek untuk berkongsi apa yang dia miliki dengan sahabat-sahabat yang lain manakala sahabat yang hanya ‘dibibir’ sahaja tidak akan sanggup melihat sahabatnya yang lain ‘lebih’ daripadanya. Sedikit perkongsian dan nasihat mengenai sahabat dari saya untuk diri saya khususnya dan untuk sahabat-sahabat amnya. Mana yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan yang tidak baik itu dari kelemahan diri saya sendiri selaku makhluk ALLAH yang tidak akan sempurana.

No comments:

Post a Comment