Saturday, March 26, 2011

CABARAN BAHASA MELAYU MASA KINI

Pada suatu majlis yang berlangsung sepanjang karnival pesta buku di Kolej Harun Aminurrashid berlangsung, saya bersama-sama rakan-rakan bersiar-siar di kawasan gerai-gerai. Suasana bising tawar-menawar memeriahkan karnival tersebut. Cuping saya menangkap perbualan seorang pelajar perempuan bersama rakannya sewaktu ingin memilih kain pasang cotton yang menjadi kegilaan remaja masa kini. Perbualannya berbunyi seperti ini,

“Aini ( bukan nama sebenar ), hang tengok cantik tak warna nie? Colouring. I suke warna die. Bright. Oren..hurm..not bad.. I nak choose yang ni lah. Bikin hot lah pakai baju baru”. Disertai dengan tawa.

‘ Orait. Suke hati kau lah. Aku nak yang warna hijau. Warna oren apa kelas beb. Bukan class i ok?” Turut disertai dengan ketawa’

Penggunaan bahasa slanga dan rojak dalam bahasa dilihat sudah menjadi suatu ‘trend’ atau gaya kepada remaja masa kini termasuk mahasiswa yang sukar untuk dibendung. Golongan masyarakat tidak kiralah status sosial, pendidikan dan sebagainya suka mencampuradukkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam perbualan harian mereka sehingga lahirlah penggunaan “bahasa rojak” yang semakin berleluasa dan sukar untuk dibendung. Fenomena yang menjurus pada pencemaran bahasa ini bukan sahaja menonjolkan ketidakyakinan mereka terhadap bahasa Melayu, tetapi turut menyerlahkan ketidakfasihan mereka dalam kedua-dua bahasa tersebut. tambah membimbangkan fenomena bahasa rojak ini semakin berleluasa sehingga melibatkan acara rasmi. Bahasa Melayu banyak melalui cabaran dan rintangan dalam mengekalkan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini. Cabaran dan rintangan tersebut bukan sahaja datang dari luar, malahan turut berpunca daripada sikap penutur bahasa Melayu itu sendiri.

No comments:

Post a Comment