Saturday, March 26, 2011

ROJAK, ROJAK, ROJAK..

‘Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama, dah ku kata takkan sampai tua bangka, kalau habis abjad aku rap dengan angka’

Barisan ayat tersebut merupakan barisan lirik dalam lagu Senyum oleh Malique dan Najwa. Penggunaan bahasa Inggeris “hits” digunakan dalam lirik lagu ini. Penggunaan bahasa rojak dalam lirik lagu Melayu bukan sekdar menghasilkan lagu rojak, tetapi turut merendahkan martabat bahasa kebangsaan dan akan menyebabkan bangsa Malaysia kehilangan identiti bangsa dan budaya. Lirik lagu merupakan stu daripada kaedah berbahasa dan harus digunakan sebagai ruang mengungkapkan fikiran dan budaya bangsa Malaysia. Penulis lirik dan pencipta lagu tidak sepatutnya menggunakan bahasa rojak dengan alasan bahawa bahasa rojak sudah menjadi aliran dalam penggunaan bahasa generasi kini. Kebebasan berkarya yang diberikan kepada penggiat seni bukanlah satu kebebasan mutlak. Penggiat seni jug sepatutnya memikirkan tanggungjawab sosial kerana karya yang dihasilkan oleh mereka turut memberikan kesan kepada masyarakat, terutamanya generasi muda. Pendedahan bahasa rojak yang terlalu banyak dalam lagu-lagu tempatan boleh mempengaruhi remaja terutama pelajar sekolah dalam lisan mahupun tulisan.

No comments:

Post a Comment