Saturday, March 26, 2011

BAHASA ROJAK

Saya suka mengikuti rancangan stesen radio Inggeris tempatan kerana rancangannya sangat menarik di samping dapat memperkayakan kosa kata bahasa Inggeris. Bahasa yang digunakan mudah difahami. Sungguhpun begitu, stesen video ini suka menggunakan bahasa rojak ketika menghubungi pelanggannya dalam rancangan ‘ GOTCHA’. Antara yang saya kesan penggunaan bahasa rojak yang mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam salah satu rancangan tersebut ialah,

“I want to tell u that u’r license tidak diluluskan’ i felt so sorry. I can’t to help u. U kena repeat sekali lagi”

Kemudian mangsa rancangan tersebut menjawab dengan marah,

“How could u tell me i jangan marah. I memang agry! U stupid or apa?”

Saya membuat kesimpulan bahasa sepatutnya stesen radio Inggeris di negara ini perlu menggunakan bahasa Inggeris secara sepenuhnya. Bukan mencampuradukkan bahasa sehingga merosakkan bahasa Melayu. Penyampai radio perlu peka dan menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan bahasa dengan betul kerana apa sahaja yang diperkatakan akan menjadi ikutan atau ‘trend’ kepada remaja pada masa kini.

No comments:

Post a Comment